Wednesday, 31 October 2012

Best gila dapat p tempat Merlin berlakon (1 April 2011)





Warwick Castle
Bergambaq sakan aih hihihi :)

Kat depan Merlin Tower. Excited nak masuk tower tu.. :)

Berposing ngan Merlin sat (walaupun dia hanyalah patung semata2)..

Peace No War!!

Gambaq ni diambil dari lubang tempat masuk anak panah tu.. Penat gila la nk naik sampai sini.. Tangga dia MashaAllah! Semput jgkla :)


Ni pemandangan dari belakang castle :)

Aku dan niza :)


Berlatarbelakangkan castle :)

Hihihi :)

Ni tempat simpan pedang. Agak2 pedang King Arthur ada dak dalam ni hehe :)

Terujanya! :) Bayangkan, tiba2 King Arthur keluaq.. Arghhh!! :P (berangan)

Ni rasanya tempat depa berehat selepas berlawan kot.. :)

Luas gila istana nih.. Tak larat chek nak pusing :)
Bandar Shakespeare yang aman lagi tenteram :)

Romantic la bandaq ni.. Siap ada org mainkan violin lagu cinta lagi hehehe :)

Last pose.. hikhik :)

Tuesday, 30 October 2012


Happy Birthday to my beloved Daddy!! Semoga panjang umoq dan dimurahkan rezeki. Saya Sayang Kamu <3

Saturday, 27 October 2012


Simple dinner tonight. Sayoq goreng, sotong goreng tepung, teloq dadar dan sambal belacan. Sapa kata dok UK tak boleh makan belacan hihihi :)
Walaupun simple, tapi makan ramai2 sedap gak jadi. Lepas tu tambah dengan tongyu (kicap). Perghh sedap seyhhh.. :PP

Trip ke The Heights Of Abraham, Derby



All of us are F.R.I.E.N.D.S


Matlock Bath; while waiting for the train


Nak masuk Gua... kihkih


Depan menara. Tak larat naik tangga dia..huhu
Sekolah Komuniti Malaysia Manchester


Hehehe. Jadi cikgu la pulak. Saja nak membantu guru2 di sekolah Malaysia mengajaq budak2 yg comel lagi cute nih. Depa ni anak2 postgraduates or Malaysian family yg dah lama menetap kat sini. Tapi, satu lesson yang dapat, nak mengajaq budak2 memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi! Seriously! Aku ajaq depa Iqra' dan Mengenal Allah dan ciptaan-Nya. Budak-budak ni umoq 4 tahun kot. Tapi bagus la kan, ajaq awai2. Ada jugak sesetengah budak2 kat sini yang tak pandai cakap Melayu langsung. Speaking prau prau. :P Tujuan Sekolah Malaysia diwujudkan jugak pun sebab nak bagi budak2 ni faham dan pandai cakap Melayu. Depa memang daripada lahir dok kat sini. So no wonder la kan.... :)



Practical Solat Zohor. Cute ja budak2 nih.. :PP


Macam ni la kami sambut MERDEKARAYA. Hari Raya Aidilfitri yang lalu dan juga Independence Day. Best gila dapat makan makanan Malaysia yang dirindui. Yang kat sebelah aku tu, nama dia Beatrice Chapman. She's British. Sangat peramah. Miss Bea sangat suka Malaysia. Dia pernah p Malaysia selama 9 bulan. Lama jugak tu. Dia jadi Guru Bahasa Inggeris kat MRSM kat Johor. Yang uniknya pasal Miss Bea ni, dia boleh la cakap Bahasa Ibunda sikit-sikit (so tak boleh la nak mengumpat dalam BM depan2 dia, hehehe just kidding). Dia cakap dia sangat merindui Malaysia dan dia nak p lagi sekali. Dia juga suka makan makanan Malaysia :) Pertama kali la jumpa Minah Salleh yang pandai cakap Melayu.. What an experience!

Stopford Building. Aku selalu ada lecture kat sini la (masa second year). Tempat ni selalu ramai orang ja (kecuali hari Rabu, sebab rabu separuh hari). Haaa, la ni musim luruh, ouhh Autumn in my heart!! Daun-daun kat pokok pun dah mula kuning, oren dan LURUH. Lepas ni tunggu la musim sejuk pulak la eh. :)

Rupa-rupanya sedih jugak beraya di perantauan, walaupun Raya Aidiladha. Sayu rasanya apabila mendengar takbir raya berkumandang, walaupun hanya dari Youtube. Raya Haji tahun ni jatuh pada 26 Oktober 2012, hari Jumaat. Alaaa, dah la hari Jumaat tu aku ada lecture, pukul 5 sampai 6 petang pulak tu. Sedih seyhh.. Sehari sebelum raya telefon family di Malaysia. Alip memang nak bagi aku teriak (dia pasangkan takbir raya then bagi aku dengaq). Bergenang jugak ayaq mata, tapi aku tahan ja. Aku tak mau bagi family aku pulak yang sedih. Mak nak habaq mak masak apa untuk raya pun, mak macam teragak2 (takut aku kempunan agaknya :(( Ini kali kedua aku beraya haji di Manchester. Tapi hairan, masa first year aku tak rasa sangat, masa second year plak yang berlebih2. Haishh.. Tapi apa2 pun, Malaysians banyak sangat kat Manchester ni, so tak la sedih sangat. Ada kenduri dan rumah terbuka. Kenyang aku makan nasik impit, rendang dan macam2 lagi. Inilah adat belajaq oversea, bila keluarga tiada disisi, tapi ada teman2 sebagai pengganti. Wallahualam... :)




Ni la housemates aku, yg tepi kiri sekali Sarah, then Niza, aku, Maisarah dan Tikah. :)



Open House, Hari Raya Kedua

Aku belajaq kat sini la.. Ingatkan memang tak lepas dah la temuduga JPA. Tapi Allah telah aturkan segala-galanya. Rezeki aku. Lepas buat A-Level kat Cempaka International School, Cheras selama 2 tahun, aku fly ke sini, University of Manchester.  Ni namanya University Place. Aku dah second year kat sini, ambik Biotechnology. Tinggal lagi satu tahun ja lagi. Kos aku tiga tahun ja. Tahun depan InsyaAllah tamatlah aku buat ijazah kat sini. Lepastu kena la balik Malaysia, untuk berkhidmat kat Malaysia la pulak kan InsyaAllah... May ALLAH ease everything. AAMIN YA RABB!!

My Lovely Family
Eidulfitri 2012

Bismillahhirrahmanirrahim.. This is my family. There are nine of us and we're living under the same roof. LOOOVVEEE them damn much!!
This is the first time for me to write a blog. And for my first post, I would like to introduce my BIG family. I have 4 siblings including me, and I'am the only daughter that my parents have. (:P) My big brother, Aman already married, he's 27 years old. My first little brother, Alip, he's 17 and my cutest brother, Kimi is 7 years old. I know there is a very big gap between my eldest brother and my youngest brother (20 years kot!!):D. My lovely nephew, Irfan, he's 3 years old. And I'm waiting for the new member of the family, (my second niece?? or nephew maybe, jantina belum diketahui :)), insyaAllah on June 2013! I'm so excited because I love kids so much! ;PP And the best parents in the world >-- MOHD SOFI BIN OTHMAN and CHE SELASIAH BINTI SHAARI.. Miss you both so badly.. InsyaAllah will be back this summer holiday.. TAK SABAQNYA NAK BALIK KEDAH!!!