Sunday, 17 February 2013

Andainya Rasullulah Masih Ada :'(

Assalamualaikum

Pada 16hb Februari 2013, Sabtu, aku and housemates p Notts. Ada program Nottingham Berselawat.

Antara yang hadir ialah Ustaz Don Daniyal, Dr Afifi al-Akiti dan seorang ahli kumpulan nasyid

Mirwana, Izzat Mahadi. Kami bertolak ke Notts malam Jumaat tu pukul 8.39 pm naik train.

Perjalanan ambik masa dua jam jugak la. Kami tidoq rumah senior Kak Meyna dan Kak Capek.

Program start pukul 9 pagi. Pukul 8.30 pagi tu kami dah ada kat dewan tu. Punya la semangat kan

nak dengaq ceramah dan nak jumpa Ustaz hehe ;)

Program sudah bermula. Jom mulakan dengan berselawat :)



Program ni best sangat! Rasa macam nak p lagi klaw ada lagi. Lepas tu, Ustaz Don bagi ceramah.

Ustaz Don ni dari Penang. Dia bagi ceramah pun dalam bahasa "Oxford" la hehe. Tapi best n lawak.

Ada satu part tu, ustaz cerita pasai Nabi S.A.W. Ustaz kata badan Nabi ni bercahaya. Dan Nabi tak

dak bayang-bayang. Sebab cahaya dengan cahaya mana boleh nampak. Ustaz bagi contoh; kalau kita

bukak torchlight masa siang-siang. Mana boleh nampak apa. So macam tu la Rasulullah S.A.W.

Masa Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah, depa keluaq malam-malam gelap gelita. Tapi tak boleh

guna cahaya takut orang perasan. Tapi macamana depa boleh teruskan perjalanan? Sebab ada Nabi la.

Badan Nabi kan bercahaya. Jadi boleh lead depa semua walaupun dalam gelap.


Satu peristiwa lagi, Saidina Abu Bakar dukung Nabi ragaih (panjat) Jabal Thur. Bayangkan kalau kita

la ni, nak panjat gunung dengan bawak barang ataih belakang yang sama beratnya dengan kita.

Memang pengsan dah la kot. Betapa gigihnya dan kuatnya Saidina Abu Bakar mendukung Nabi.

Lepaihtu sampai kat satu gua. Abu Bakar letak la Nabi kat luaq sebab nak masuk gua nak tengok.

Tapi Abu Bakar meraba-raba la sebab tak dak cahaya. Cahaya (Nabi) ada kat luaq. So tak nampak la.

Ustaz bagi contoh lagi.  Kalau kita la, sanggup kita nak meraba-raba dalam kelam, ibaratnya mencari

pisau kat dapoq. Mampoih tak sanggup. Mesti la takut kan. Tapi Saidina Abu Bakar sanggup buat

sedemikian demi keselamatan Nabi Muhammad SAW. Dalam gua tu mana kita taw ada apa. Mungkin

ada benda yang berbahaya.

Ustaz suka bercerita. Ada satu lagi cerita pasai Nabi yang Ustaz cerita. Pada suatu hari tu, Jabir ada

ternampak Nabi berbisik kat ranting pokok. Nabi berbisik kat pokok tu supaya ikut baginda dengan

izin Allah. Pokok tu pun ikut la Nabi, pokok tu keluaq dengan akaq-akaqnya sekali, diibaratkan

seperti seorang anak ikut ayahnya. Kemudian, Nabi p bisik dekat satu lagi pokok, dan pokok yang

kedua tu pun buat benda yang sama. Pokok-pokok tu ikut Nabi ke satu tempat. Dan kemudian,

pokok-pokok tu mengelilingi Nabi. Nabi qada hajat. Lepas selesai, pokok-pokok tu pun kembali ke

tempat masing-masing. Then, Nabi berjalan sampai ke suatu tempat tu, Nabi beralih kepala ke kanan

dan kiri. Nabi ternampak Jabir. Nabi pun berjalan ke arah Jabir. Baginda bertanya kepada Jabir, kamu

nampak apa yang Nabi buat tadi?. Kemudian Nabi menyuruh Jabir patahkan dua ranting dan

cacakkan kat tempat Nabi pusingkan kepala ke kanan dan kiri tadi. Tanpa ada soalan Jabir terus

lakukan apa yang disuruh Nabi. Ustaz kata kalau kita la ni, kalau orang suruh wat mesti ada ja

banyak soalan nak tanya, kenapa kena buat macamni la. Bila Nabi suruh buat sesuatu mestila ada

sebabnya. Nabi takkan suruh buat benda yang sia-sia. Sebenarnya tempat Nabi berhenti tadi tu

merupakan kubur umatnya. Nabi masih ingatkan umatnya walaupun baru lepas qada hajat. Selagi

ranting itu masih segar, akan menyelamatkan umatnya itu dari siksa kubur. Subhanallah! Andainya

Nabi masih ada.

Ustaz dok bagi ceramah :)

Ceramah ni diselangi dengan qasidah dan nasyid didendangkan oleh kumpulan nasyid ODC.

Antara nasyid dan qasidah yang disampaikan adalah Sholatun Bisalamil Mubin dan Ya Hanana.

Ni lirik Ya Hanana, antara lagu yang aku suka dengaq :)









Ustaz Don cerita lagi, isteri Abu Jahal, Ummu Jamil, marah Nabi sebab dia kata Nabi dok hina suami

dia. Nabi sebagai imam, baca la surah yang dia kata menghina suami dia tu. Pada suatu hari, Nabi

dan Saidina Abu Bakar dok depan Kaabah. Ummu Jamil dengan marah-marah, bawak batu p kat

Saidina Abu Bakar. Dia kata kalau dia jumpa Muhammad dia nak sumbat batu tu dalam mulut Nabi.

Dia tanya Abu Bakar, mana Muhammad, padahal Nabi ada sebelah Abu Bakar ja. Abu Bakar menjadi

hairan. Ummu Jamil tak nampak Nabi yang dok sebelah Abu Bakar. Abu Bakar pun bertanya kepada

Nabi macamana dia boleh tidak nampak Nabi. Nabi menjawab, siapa yang membaca Al-Quran, Allah

kurniakan perisai (hijab) jadi orang yang nak buat jahat kat kita tak nampak kita.

Semua benda ada dalam Al-Quran. Al-Quran rindu kat kita. Dia ada banyak benda nak cerita kat kita,

kita ja yang tak mau dengaq :(((((
Izzat Mahadi, ahli kumpulan nasyid Mirwana menyanyikan lagu Aku Tanpa CintaMu, GarisanMu, Dari Kejauhan dan Di Sana Nanti
Dr Afifi pulak bagi ceramah. Bestnya. Kebanyakkannya beliau sampaikan dalam Bahasa Inggeris. Kagum dengannya. Beliau tahu tujuh bahasa :)

Slot Dr. Afifi pulak, beliau menceritakan rahmat yang kita dapat apabila kita berselawat ke atas Nabi

Muhammad SAW. Jika kita berselawat satu kali ke atas Nabi, Allah akan kurniakan 10 kali selawat

(rahmat) kepada kita. Dr. Afifi hanya menyampaikan tiga daripada 10 rahmat itu.



Pertamanya, kalau kita amalkan walaupun 1/10 daripada apa yang kita tahu, Allah akan kurniakan

ilmu pengetahuan yang tidak pernah kita tahu pun sebelum ni. Yang kedua, hati kita ini dapat berubah

dan bertukar ke arah kebaikan walaupun hanya mendengar selawat, bukan baca lagi tu. Dr. cerita, ada

la satu org perempuan ni, dia belajaq luaq negara, lepastu dia berubah. She took off her hijab. Dia

memang sudah lari jauh dari agama. She was in a relationship. She had a boyfriend. Then, pada suatu

hari, she clashed with her boyfriend and she also got some other problems. She felt very down at that

time. Then she went to a club. This club situated in Student Union. At that time also, ada satu

program kat SU jugak. Dalam program tu ada la selawat-selawat, qasidah and nasyid. The club

memang terletak kat sebelah tempat yang ada program tu. Lepastu, masa dia nak keluaq dari club tu,

she heard selawat and qasidah, yang came just from next door. Dia sangat tersentuh hati after she

heard that qasidah and selawat. Dia rasa macam pernah dengar the qasidah. Ohh then she realised

that, it was a song that her grandmother sang to her when she was a child. Astaghfirullah! She

berhijrah after only 'heard' the selawat. Begitu powernya selawat tu kan :)

The third one is selawat ini merupakan rahsia kejayaan. For example, Dr. kata, P.Ramlee pun

berselawat. Sebab tu la filem-filem beliau terkenal sampai la ni. Ini dapat dilihat dalam lagu-lagu

ciptaan P. Ramlee. Ada lagu yang dia cipta, irama nya sebenaqnya irama selawat. Contoh lagu

"Alangkah Indah di Waktu Pagi", filem Ali Baba Bujang Lapok dan lagu "Aci Aci Buka Pintu",

filem Labu Labi.

Selawat Adnan :)

Maksud Selawat Adnan:

Allah telah berselawat atasmu wahai pemuda adnani,

Wahai mustafa manusia ikhlas/ suci/ luhur lagi penyayang.

Segala puji bagi Allah yg telah mengurniakan pemuda yang baik lagi pemurah ini.

Dididik dan dimuliakan sejak dari dalam buaian,

Dilindungi di kaabah baitullah yg mulia.

Sehingga ia meningkat dewasa.

Engkaulah yg disebut di dalam al quran, Ahamd perkataan yang tertulis di syurga firdaus/jannah.

Allah sentiasa berselawat atasmu sepanjang masa (tanpa hentinya).

Terpuji secara sembunyi mahupun nyata (terang-terangan).

Tetap teguh atas kebenaran Islam dan iman.

Wahai tuhan kami dengan berkat Mustafa pemuda adnani.

Ampunkanlah dosaku dan perbaikilah kebuntuan akalku.


Jom Selawat :)
Ehehhh sempat lagi :P Ngan Sarah Comey
Wani!! Excited dapat jumpa my ex-roomate kat Cempaka. Rindunya...
Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW :)
Ramai jugak yang hadir pada hari itu :) Tapi kami yang paling awai mai heheh :D


Yeay dapat bergambaq ngan Ustaz Don, Dr. Afifi dan Izzat Mahadi. Sempoi :)
Lagi :)
Program berakhir dengan jayanya. Walaupun masa memang tak cukup. Habih pukui 5 petang. Ada

beberapa soalan yang ditanya tak sempat dijawab oleh Ustaz dan Dr. Harapnya ada lagi program

macam ni :)

Hermmmm train kami pukui 6.45 petang. Nek-nek train tu, Ya Allah, ramai gila orang mabuk.

Memang dugaan Allah nak turunkan kat kami. Depa ni menjerit-jerit, ntah apa2 yang depa nyanyi

pun tak taw. Dah la merokok pulak tu. Haishhh bersabaq ja la kami. Takut sangat waktu tu sebab

orang mabuk ni boleh wat macam-macam. Depa tak sedaq dah. Mulut kami semua tak berhenti dok

berselawat dan baca ayat Kursi. Depa tak kiqa orang len dah. Dok ketok-ketok tingkap dan bumbung

train. Cuak gila kot waktu tu. Nak teqiak pun ada rasa. Aku ada tengok mamat ni, geng2 mabuk tu

ajakla dia minum sekali, mula-mula dia tolak. Tapi lepas depa tolong bukakkan botol arak tu kat dia,

dia pun join sekaki. MashaAllah! Aku pikiaq macam-macam dah. Kot-kot la depa mai ajak kami

sekali minum ngan depa, tak ka naya. Aku takot depa mai paksa sumbat arak dalam mulut kami ja.

Nau'zubillah. Aku tak taw apa yang aku pikiaq waktu tu. Tapi nasib bek depa tak buat macamtu.

Alhamdullilah. Sampai kat stesen Sheffield, aku tengok polis ramai gila dok tunggu kat situ!! Aku

rasa la kan ada orang lapor kot perangai depa. Syukur sangat. Polis masuk dalam coach kami duduk

tu. Lima orang polis sekali kot dok jaga dalam coach kami tu. Nasib baik Ya Allah, berkat kami p

majlis ilmu, Engkau berikan pertolongan kepada kami. Rasa secure sikit bila ada polis jaga. Boleh

tahan kacak pakcik polis tu ehehhh. Haihh behave Dila! Astaghfirullah. Alhamdullilah ditemani 5

orang pakcik polis sampai la ke Manchester. Tak pasai-pasai polis-polis tu p Manchester. Tapi polis

kat sini memang bagus la. Masa depa naik train tu, depa tanya kami "Are you okey?" Kami pun

cakaplah depa ni bising sangat. Masa kami cakap tu, ada la geng mabuk tu dok tengok kami. Kami

qisau dah ni kalau2 polis tu turun, mampoih la kami kena lepastu. Sebab kami mengadu pasai depa

kat polis tu. Haihhh. Tapi semuanya selamat Alhamdulillah. Masa geng mabuk tu nak turun, ada la

pakcik botak ni, dia letak tin beer kosong kat ataih meja tempat kami duduk tu. Dengan kasaqnya!!

Terkejut mak ai. Aku rasa mesti depa pikiaq yang kami yang lapor kat polis pasai depa. Apa-apa pun,

Allah telah menyelamatkan kami semua. Syukur!! <3

Sampai Manchester, lapaq pulak ehhhh. Besala winter. Dah la tak leh tidoq ataih train tadi. Dua jam

terseksa. Pekak telinga dengaq depa menjerit. Hmmm.. Lepastu kami singgahlah Babylon makan

chicken wings heeee. Balik umah, tidoq.......

Sekian coretanku.

Dila

Tuesday, 12 February 2013

Jalan-Jalan Sekitar Manchester...

Assalamualaikum

Yeay! Izati, junior Cempaka mai Manchester weekend haritu. So kami bawak la dia p jalan-jalan

sekitar Manchester. Hari first, bawak dia p makan kat RICE.

Boleh la tahan sedapnya. Makanan Malaysia pun ada kat sini taw hehehe :) 

Malam tu, bawak Izati pi tempat yang memang kena p kalau mai Manchester. Al-Jazeera dan

Moonlight. Al-Jazeera ni kedai makan. Ada nasik Arab la. Moonlight ni plak kedai dessert. Aiskrim

ada, kek ada, Faluda ada dan Milkshake pun ada heeee :P


Day 2, bawak si Jati pi Old Trafford, University of Manchester and makan buffet kat TOPS.

Now let the pictures tell the stories.





Izati: dalam misi mencari Brian Cox ehehehh. Minat sungguh dia kat Brian Cox nih haih :P


Lepastu, pi makan buffet kat TOPS. Lupa nak amek gambaq sebab leka makan buffet. Sedap gak.

Harga dia okey la, dalam 7.99 pound ja. Then, balik umah. Izati balik naik bas ke London pukul

5.35 petang. Izati kena mai Manchester lagi taw. Kita makan al-Jazeera, Moonlight lagi eh. Sekian.


Dila

Thursday, 7 February 2013

Muhammad S.A.W

Assalamualaikum,

Saja nak kongsi. Tadi p kuliah maghrib, anjuran MCOT. That stands for Malaysia Community of Old

Trafford. Depa buat kuliah kat Masjid Al-Furqan. Tajuk dia kali ni ialah Maulidur Rasul.

Sedikit sebanyak nota yang aku buat masa dengaq ceramah :)

Nabi Muhammad SAW, I Love You! <3




Kuliah diakhiri dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Jom kita berselawat!! :)


Sekian saja dariku. Wasalam.

Dila

Tuesday, 5 February 2013

Manchester full of surprise!

Assalamualaikum..

Snow in Manchester today! Pelik dak? Haihh. Tak pelik pun sebenaqnya hehehe.. Dah nak habih

winter pun salji turun lagi. Agak lebat la. Excited lebih sikit daripada haritu. Boleh wat snowman

besaq sikit daripada haritu. Tapi dalam rumah ja la. Tak sanggup chek nak dok kat luaq, sejuk gila!!

Ni la snowman aku, sarah and tikah! (mata dia maltesers, hidung dia carrot hihi) Maisarah tanya, awat snowman ni duduk dalam rumah, aku jawab, sebab dia sejuk dok kat luaq,, hehe, lpastu Maisarah kata, tapi bila dia dalam rumah, dia pulak yang bagi kita sejuk. Haihhhh :P


Nak tengok salji tebal punya pasal, aku sanggup pi Platt Fields Park 2 kali. Mula-mula p dengan

Aniza and Sarah. Excited sebab masa kami mula-mula sampai kat situ, salji tiba-tiba turun dengan

lebatnya! Seakan-akan menyambut kedatangan kami ke situ heheh (okey over........).

Aku and Sarah <3


Aku and niza di tepi tasik. Kempunan nak tengok tasik beku, tapi dak pun :( Itik ada la hehehe...

Ada satu kejadian lawak kat sini. Kami dikejar oleh seekor anjing yang comel. Lari macam tak cukup

tanah la kami. hehe.. Mula-mula dia ligan kami bertiga, then aku lari dulu kat depan. Anjing tu ligan

la pulak Aniza dan Sarah. Lari lari!! Depa dua berpecah. Yang 'comel'nya, lepas depa dua berpecah,

anjing tu tak taw nak pilih nak ligan yang mana haha. Nasib baik la kami dapat melepaskan diri

dengan selamatnya dari anjing itu. Anjing tu ada tuan kot, tapi wireless (tak dak tali). Tapi tuan dia

boleh wat tak heran bila kami kena kejaq dengan anjing tu. Lepastu baru dia panggil anjing dia balik.

Memang termengah-mengah la kami dok berlari. Takpa, boleh gak exercise hehe (^_^)

Hi saya Noordalila Mohd Sofi :P

Sejuk, tapi time ni ada pulak matahari. Habih la cayaq salji haishhh...

Kebanyakkan gambaq, mesti aku angkat peace! Tak dak gaya lain dah hahaha :P

Lepastu, petang tu pulak aku p park ni, dengan si atikah pulak. Sebab forecast kata dalam pukul 3

petang, 100% turun salji. Dengan harapan yang menggunung nak wat snowman, sampai ja sana,

tengok-tengok hujan pulak yang turun. Habihla cayaq salji aku wehh! Tapi takpalah, gambaq mesti

kena amek jugak walau apa pun halangan yang datang chewaaahhhh!! :P

Peace lagi yoww ehehhhhh :D

Winter coat aku time ni dah basah lencun dah kena hujan.. T T

Dengan Nurul Atikah Azmi yang comel :P

Tak dak sapa nak amek gambaq kami dua, so jawabnya kami selfcam laa. Kat tepi tasik ni. Ada itik and swan :)

Peace lagi!! :P

Hi!! <3

Tak habih habih selfcam. Ahha kami memang la suka bergambaq pun hihi :)


Last pose. :)
Sekian sahaja coretan saya pada malam ini. Wasalam......



Dila