Tuesday, 5 February 2013

Manchester full of surprise!

Assalamualaikum..

Snow in Manchester today! Pelik dak? Haihh. Tak pelik pun sebenaqnya hehehe.. Dah nak habih

winter pun salji turun lagi. Agak lebat la. Excited lebih sikit daripada haritu. Boleh wat snowman

besaq sikit daripada haritu. Tapi dalam rumah ja la. Tak sanggup chek nak dok kat luaq, sejuk gila!!

Ni la snowman aku, sarah and tikah! (mata dia maltesers, hidung dia carrot hihi) Maisarah tanya, awat snowman ni duduk dalam rumah, aku jawab, sebab dia sejuk dok kat luaq,, hehe, lpastu Maisarah kata, tapi bila dia dalam rumah, dia pulak yang bagi kita sejuk. Haihhhh :P


Nak tengok salji tebal punya pasal, aku sanggup pi Platt Fields Park 2 kali. Mula-mula p dengan

Aniza and Sarah. Excited sebab masa kami mula-mula sampai kat situ, salji tiba-tiba turun dengan

lebatnya! Seakan-akan menyambut kedatangan kami ke situ heheh (okey over........).

Aku and Sarah <3


Aku and niza di tepi tasik. Kempunan nak tengok tasik beku, tapi dak pun :( Itik ada la hehehe...

Ada satu kejadian lawak kat sini. Kami dikejar oleh seekor anjing yang comel. Lari macam tak cukup

tanah la kami. hehe.. Mula-mula dia ligan kami bertiga, then aku lari dulu kat depan. Anjing tu ligan

la pulak Aniza dan Sarah. Lari lari!! Depa dua berpecah. Yang 'comel'nya, lepas depa dua berpecah,

anjing tu tak taw nak pilih nak ligan yang mana haha. Nasib baik la kami dapat melepaskan diri

dengan selamatnya dari anjing itu. Anjing tu ada tuan kot, tapi wireless (tak dak tali). Tapi tuan dia

boleh wat tak heran bila kami kena kejaq dengan anjing tu. Lepastu baru dia panggil anjing dia balik.

Memang termengah-mengah la kami dok berlari. Takpa, boleh gak exercise hehe (^_^)

Hi saya Noordalila Mohd Sofi :P

Sejuk, tapi time ni ada pulak matahari. Habih la cayaq salji haishhh...

Kebanyakkan gambaq, mesti aku angkat peace! Tak dak gaya lain dah hahaha :P

Lepastu, petang tu pulak aku p park ni, dengan si atikah pulak. Sebab forecast kata dalam pukul 3

petang, 100% turun salji. Dengan harapan yang menggunung nak wat snowman, sampai ja sana,

tengok-tengok hujan pulak yang turun. Habihla cayaq salji aku wehh! Tapi takpalah, gambaq mesti

kena amek jugak walau apa pun halangan yang datang chewaaahhhh!! :P

Peace lagi yoww ehehhhhh :D

Winter coat aku time ni dah basah lencun dah kena hujan.. T T

Dengan Nurul Atikah Azmi yang comel :P

Tak dak sapa nak amek gambaq kami dua, so jawabnya kami selfcam laa. Kat tepi tasik ni. Ada itik and swan :)

Peace lagi!! :P

Hi!! <3

Tak habih habih selfcam. Ahha kami memang la suka bergambaq pun hihi :)


Last pose. :)
Sekian sahaja coretan saya pada malam ini. Wasalam......



Dila

2 comments:

  1. waaaaa bestnyaaaa... hujan ayaq di negeri sendiri, hujan salji di negeri org..

    ReplyDelete
  2. hehehe.. :D ..Ni rasanya last turun salji untuk winter ni..

    Hujan salji di negeri orang, hujan ayaq di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri kan ehehhh :P

    ReplyDelete